said - 019-3542080 - yabuki7_said@yahoo.com.my
assalamualaikum diucapkan kepada semua umat islam dan warga bumiputra yang sudi melihat atau membuka blog kami yang tidak seberapa ini. saya said dan rakan kongsi saya hadi, ingin mengalu-alukan anda yang sudah lama menceburi bidang penternakkan lintah ini untuk mengemukakan sebarang komen ataupun pertanyaan agar kita sama2 dapat berkongsi pendapat supaya perniagaan kita maju dan direstui oleh Allah.
lintah..
- Lintah berbadan leper dan mempunyai penghisap / penyedut pada kesua-dua belah hujung tetapi hanya satu penyedut sahaja yang berfungsi sebagai penghisap darah.
- Badannya mempunyai 34 segmen.
- Terdapat 650 jenis lintah yang terdapat di dunia tetapi hanya sebahagian sahaja yang dapat digunakan untuk tujuan perubatan.
kolam bersaiz 4 x 10 x 3
Habitat lintah..
- Lintah hidup dikawasan panas tetapi terlindung dari cahaya matahari yang terus.
- Lintah tidak suka pada air yang berarus.
- Habitatnya tidak pada air yang dalam kerana sekiranya air itu tidak mempunyai oksigen yang mencukupi,lintah akan keluar dari air untuk mendapatkan oksigen.
- Lintah selalunya akan bersembunyi di bawah batu, tumbuhan, atau kayu dan benda yang dapat melindunginya dari cahaya matahari.
- Lintah sangat aktif pada waktu malam dan tidak suka pada dasar bertanah liat atau rendah nilai kapur.